Berita

Kerajaan Negeri Sembilan cadang sekolah dibuka pada 26 Januari

Tiada acara sambutan tahunan Thaipusam di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menangguh tarikh pembukaan sekolah agar selaras dengan tarikh tamat tempoh PKPB Negeri Sembilan iaitu pada 26 Januari 2021 dan bukan 20 Januari 2021 seperti yang diumumkan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, penangguhan ini bakal memudahkan urusan para ibubapa dan juga guru yang terkesan dengan pelaksanaan PKPB yang bermula pada 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021 ini.

“Selain itu, tempoh tersebut itu juga mampu memastikan mana-mana pelajar yang bergejala dapat dikesan, lantas mengurangkan risiko penularan virus Covid-19 di sekolah,” katanya.

Tiada acara sambutan Thaipusam

Sementara itu Aminuddin juga mengumumkan tiada acara sambutan Thaipusam di Negeri Sembilan pada tahun ini bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

“Sebarang upacara sembahyang di kuil hanya boleh dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Kuil sahaja.

“Penganut Hindu dinasihatkan melakukan upacara keagamaan sempena Thaipusam di rumah sahaja,” ujarnya.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button