BeritaProgram

Kerajaan Negeri Sembilan kutip hasil RM285 juta dalam enam bulan

SEREMBAN: Kutipan hasil Kerajaan Negeri Sembilan bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berjumlah RM284.93 juta (65.96 peratus) berbanding RM234.93 juta (52.44 peratus) dari 1 Januari hingga 30 Jun 2021.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, prestasi kutipan hasil sehingga 30 Jun 2022 adalah lebih baik berbanding untuk tempoh yang sama tahun 2021.

“Hasil Cukai mencatatkan kutipan berjumlah RM134.0 juta bersamaan 83.56 peratus yang direkodkan merupakan kutipan lebih tinggi berbanding kutipan Hasil Cukai untuk tempoh yang sama tahun 2021 iaitu RM129.84 juta.

“Seterusnya, kutipan Hasil Bukan Cukai pula adalah RM116.44 juta bersamaan 55.02 peratus berbanding hanya RM72.97 juta pada 30 Jun 2021.

“Hasil Bukan Cukai merekodkan peningkatan ketara sebanyak RM43.47 juta atau 59.58 peratus.

“Terimaan Bukan Hasil pula merekodkan kutipan berjumlah RM34.48 juta bersamaan 57.48 peratus berbanding sehingga 30 Jun 2021 iaitu berjumlah RM32.12 juta,” jelas Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab soalan ADUN Chembong, YB Dato’ Zaifulbahri Idris di Persidangan Kedua Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan ke-14 pada Selasa.

Show More

Related Articles

Back to top button