Kerajaan Negeri Sembilan martabat Adat Perpatih
SEREMBAN: Kerajaan Negeri perkenal Dana Memperkasa Adat Perpatih bagi memartabatkan Adat Perpatih di negeri ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, dana tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 setahun dan telah dibentangkan dalam Belanjawan Negeri Sembilan sejak tahun 2020.
“Peruntukan ini dikelolakan oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan terbuka kepada semua dan naungannya bagi membolehkan adat dan sejarah Adat Perpatih dikaji serta dipelajari.
“Pengamatan dan penghayatan yang mendalam terhadap Adat Perpatih ini pastinya boleh dijadikan pedoman hidup dalam semua aspek kehidupan.
“Ini juga merupakan pertama kali Kerajaan Negeri Sembilan memberi peruntukan khusus bagi membangunkan Adat Perpatih.
“Semoga usaha memperkasakan Adat Perpatih dapat disuburkan dalam segenap lapisan masyarakat terutamanya di kalangan generasi muda,” kata Aminuddin.