Berita

Kerajaan Negeri Sembilan sasar 300,000 pengunjung NS Fest

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mensasarkan 300,000 pengunjung menghadiri Negeri Sembilan Food Festival (NS Fest) dari 28 hingga 31 Julai ini di Dataran Nilai.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, selepas penganjuran kali pertama NS Fest pada tahun 2019; NS Fest menggabungkan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan (HPPN NS), Arena Usahawan dan Negeri Sembilan Food Festival.

“Objektif penganjuran NS Fest ini adalah mewujudkan satu program branding yang sinonim dengan Negeri Sembilan dan mampu menjadi tarikan bukan sahaja kepada penduduk di Negeri Sembilan malah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

“NS Fest juga bertujuan untuk menyelaraskan kesemua program berskala kecil atau sederhana yang dilaksanakan oleh agensi dan jabatan kerajaan di peringkat Negeri Sembilan secara bersepadu supaya dapat menghasilkan impak yang lebih berkesan.

“Penganjuran kali ini akan melibatkan sebanyak 250 booth yang merangkumi booth usahawan dan pameran dari HPPN NS, Arena Usahawan, Jabatan/Agensi Negeri dan Persekutuan, dan NS Food Festival.,” kata Aminuddin.

Menurut Aminuddin lagi, terdapat pelbagai pengisian program yang akan disajikan kepada pengunjung yang hadir ke NS Fest 2022, antaranya adalah jualan dan pameran produk usahawan kraftangan, jualan promosi istimewa, Forum Perdana, persembahan Qasidah sempena Maal Hijrah, demonstrasi masakan oleh chef terkenal, seminar keusahawanan oleh penceramah terkenal, muzikal adat perpatih dan banyak lagi.

“Tahun ini terdapat pertambahan usahawan daripada sebelum ini di Arena Usahawan NS Fest yang melibatkan 80 orang usahawan dari Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merangkumi sektor pemakanan, perkhidmatan, tekstil dan peruncitan.

“Penganjuran HPPN NS kali juga menampilkan kelainan selain daripada penjualan hasil pertanian dan bahan basah & nursery, pameran lembu sado akan dipamerkan kepada para pengunjung yang hadir ke NS Fest kali ini.

“HPPN NS juga akan memperkenalkan buah nangka yang berasal daripada Jempol tu adalah nangka varieti baharu didaftar iaitu J41.

“Selain itu, NS Food Fest di NS Fest 2022 akan menempatkan pengusaha makanan daripada Negeri Sembilan yang memiliki tarikan yang unik dan tersendiri.

“Pengusaha-pengusaha ini terdiri daripada pengusaha makanan tradisional dan pengusaha makanan signature/umum,” jelas Aminuddin.

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button