Berita

Kerajaan Negeri Sembilan sumbang RM6.186 juta kepada mangsa banjir

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah menyalur sumbangan wang ihsan RM6.186 juta kepada 6,186 buah keluarga yang terjejas akibat banjir setakat bulan Mac 2022.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, selain daripada Bantuan Ihsan Banjir sebanyak RM1,000 kepada setiap keluarga yang terjejas akibat banjir, Kerajaan Negeri juga turut memberikan bantuan seperti berikut:

1. Pengecualian fi bayaran cetak semula geran tanah termasuk fi carian rasmi, fi pendaftaran surat akuan, fi pendaftaran hak milik hilang, fi notis dan sijil nikah yang diperoleh di Negeri Sembilan.

2. Sumbangan sebanyak RM1,000 kepada 491 penternak, peladang dan pengusaha sayur yang terlibat dalam agromakanan.

3. Peruntukan sebanyak RM1 juta untuk baik pulih rumah dan infrastruktur.

4. Peruntukan sebanyak RM5 juta untuk kerja-kerja darurat baik pulih jalan dan jambatan rosak.

5. RM0.7 juta telah diberikan bagi bantuan keperluan asas seperti pakaian dan makanan.

6. RM300 ribu telah dibelanjakan bagi kerja-kerja pembersihan di empat daerah yang terlibat banjir.

“Tindakan pemulihan pasca banjir melibatkan enam daerah telah dilaksanakan selepas keadaan mengizinkan berupa gotong-royong pembersihan dan pemulihan kawasan terkesan akibat banjir,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh ADUN Chennah, YB Loke Siew Fook di Persidangan Pertama Penggal Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 pada Selasa.

Loke bertanya, apakah langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam proses pemulihan pasca banjir besar yang melanda Negeri Sembilan pada bulan Disember 2021 yang lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button