Berita

Aduan pergerakan tanah di Taman South East Garden akan diambil tindakan

SEREMBAN JAYA: Aduan pergerakan tanah di belakang rumah dan air menyerap masuk ke dalam sebuah rumah di Jalan Murai 2/1, Taman South East Garden akan diambil tindakan segera.

ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren; Ahli Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Puan Jamilah Said Ali dan Pegawai Penolong Unit Kejuruteraan MBS, Puan Fatin telah turun padang bagi melihat permasalahan tersebut.

“Saya berharap tindakan segera dapat diambil oleh MBS demi keselamatan penghuni rumah kerana pergerakan tanah belakang rumah semakin hampir dengan rumah dan dikhuatiri sekiranya berlaku kejadian tanah runtuh berikutan kekerapan hujan ketika ini.

“Kami juga sempat meninjau lokasi kerosakan culvert (longkang besar) yang tidak berapa diselenggara di Taman Ideal yang berhampiran dengan Taman South East,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button