Berita
Pesakit kencing manis terima sumbangan katil daripada Ismail
LABU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad telah memberikan sumbangan katil boleh laras kepada Encik Md Dom Bidin.
Ismail berkata, Encik Md Dom mengidap sakit kencing manis.
“Disebabkan itu, kaki beliau terpaksa dipotong.
“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban beliau,” kata Ismail.
Sumbangan diserahkan oleh Pengerusi MPKK Labu Kampung Batu 9, Encik Azuddin Zainuddin.