BeritaMenarik

5,149 usahawan tempatan terima manfaat daripada TUNS

SEREMBAN: Sejak 2019 hingga 2022 seramai 5,149 orang usahawan tempatan telah menerima manfaat daripada Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, menurut kajian yang dijalankan oleh Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan pada tahun lalu, sebanyak 82.9 peratus penerima berjaya meningkatkan pendapatan mereka.

“Manakala, sebanyak 80 peratus berjaya mengembangkan perniagaan mereka.

“Mereka juga dapat mempelbagaikan produk serta perkhidmatan, meningkatkan produktiviti atau beralih ke premis yang lebih besar.

“Semoga tabung ini dapat membantu lebih ramai usahawan di Negeri Sembilan dan meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat, insya Allah,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button