Berita

Kerajaan Negeri tawar ganjaran pemberi maklumat lombong haram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan ganjaran kepada individu yang memberi maklumat berkenaan aktiviti perlombongan haram sehingga tumpasnya kegiatan tersebut.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, inisiatif ini diambil bagi mengurangkan aktiviti perlombongan haram yang mampu mengakibatkan kerugian besar untuk rakyat di negeri ini.

“Identiti pemberi maklumat juga akan dipelihara bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan kepada Pejabat Daerah dan Tanah masing-masing, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Sembilan ataupun di ADUN kawasan masing-masing,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button