Gunasekaren sumbang RM1,000 kepada Santai Bowling Wanita Seremban Jaya
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyumbang RM1,000 bagi penganjuran Program Santai Bowling Jiran Wanita KRT Taman Seremban Jaya Zon 1.
Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali yang mewakili Gunasekaren pula telah menyumbang 100 botol air mineral dan 100 pek roti.
“Program Santai Bowling ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara wanita daripada KRT-KRT Taman Seremban Jaya dari berbagai Zon; di mana mereka saling dapat mengenali antara satu sama lain.
“Selain itu dapat mengeratkan perpaduan berbilang bangsa, mencungkil bakat kaum wanita yang terpendam dan turut menjalin silaturrahim antara pemimpin dan masyarakat.
“Seramai 54 orang telah menyertai program santai bowling ini dengan penyertaan 10 pasukan,” kata Jamilah.
Program diserikan dengan acara cabutan bertuah dan hadiah kepada peserta yang mendapat mata tertinggi.
Turut serta, Pegawai Perpaduan Daerah Seremban, Encik Redzy; Ketua Jiran Wanita Puan Nora dan penolongnya Puan Faziah.