Berita

Jualan Nismilan Prihatin bantu ringankan perbelanjaan harian

SIKAMAT: Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin sangat membantu meringankan perbelanjaan harian.

Encik Zohir Abas, 53, dari Taman Sri Pulai berkata, program jualan murah ini sangat membantu mengurangkan perbelanjaan harian kerana harga jualan barangan makanan dalam program ini jauh lebih murah dari pasaran semasa.

“Harga jualan barangan makanan seperti ayam, ikan, sayur dan telur jauh lebih murah dari harga pasaran.

“Semua golongan boleh merasai kenikmatan membeli belah dan makanan yang dijual juga lebih berkualiti dan segar.

“Saya berharap pada masa akan datang program ini diteruskan.

“Terima kasih kepada Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di atas idea jualan murah ini.

Saya harap beliau ada idea lagi untuk perkenalkan inisiatif lain yang boleh bantu rakyat,” kata Zohir.

Norhazlah Mohd Saad

Puan Norhazlah Mohd Saad, 53, dari Taman College Height mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun kerana memperkenalkan jualan murah ini.

“Terima kasih kepada Menteri Besar, Kerajaan Negeri dan ADUN Sikamat di atas penganjuran jualan murah ini yang membolehkan warga Sikamat dapat membeli belah barangan dapur dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran.

“Kalau boleh saya harap program jualan murah ini diadakan setiap minggu,” ujar Norhazlah.

Zohir dan Norhazlah berkata demikian apabila ditemuramah Negeri Kita di program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin yang diadakan di Dewan Orang Ramai Sikamat Taman Desarhu pada Jumaat.

Ayam dijual dengan harga RM13 seekor, minyak masak RM2.00 sepaket, ikan kembung RM10.00 sekilo, sotong gred A RM22.00 sekilo dan telur ayam sepapan RM9.00.

Zohir Abas
Show More

Related Articles

Back to top button