Jualan Nismilan Prihatin sangat membantu golongan kurang kemampuan
SIKAMAT: Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin sangat membantu perbelanjaan golongan kurang kemampuan.
Puan Ismalinda Ismail, 47, dari Taman Bukit Sarimban berkata, jualan harga murah ini banyak membantu perbelanjaan dapur mingguan beliau.
“Harga barangan yang ditawarkan lebih murah daripada harga pasaran dan ini banyak membantu perbelanjaan golongan yang kurang berkemampuan.
“Saya harap program jualan murah ini diadakan selalu.
“Terima kasih kepada Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di atas inisiatif memperkenalkan program jualan murah ini,” kata Ismalinda.
Encik Mokhtar Mohd Zin, 68, yang tinggal di Taman Desa Permai berharap program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin diteruskan lagi pada masa akan datang.
“Saya harap jualan murah ini diadakan secara kerap kerana ia banyak membantu perbelanjaan membeli bekalan bahan mentah untuk dimasak bagi seisi keluarga.
“Terima kasih kepada YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri kerana memperkenalkan jualan murah ini bagi meringankan beban rakyat,” ujar Mokhtar.
Ismalinda dan Mokhtar berkata demikian kepada Negeri Kita di program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin yang diadakan di Dewan Orang Ramai Sikamat Taman Desarhu pada Jumaat.
Ayam dijual dengan harga RM13 seekor, minyak masak RM2.00 sepaket, ikan kembung RM10.00 sekilo, sotong gred A RM22.00 sekilo dan telur ayam sepapan RM9.00.