Berita

Kerajaan Negeri Sembilan tolak projek insinerator di Sendayan

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan menolak cadangan pembinaan insinerator di Bandar Baru Sendayan.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam berkata, Kerajaan Negeri tidak bersetuju dengan cadangan pembinaan insinerator oleh sebuah syarikat swasta kerana tiada keperluan untuk tujuan tersebut.

“Negeri Sembilan sudah ada Pusat Kualiti Alam di Sendayan dan tapak cadangan projek insinerator ini pula berdekatan dengan kawasan perumahan dan dua batang sungai.

“Kita tidak mahu projek sebegini kerana ia akan memberi kebimbangan kepada penduduk di sekitarnya.

“Apa pun, penduduk setempat tidak perlu panik kerana Kerajaan Negeri belum meluluskan sebarang permohonan syarikat swasta terbabit,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button