Berita

Wacana Pengurusan tingkat prestasi MPKK DUN Nilai

NILAI: Pusat Khidmat Rakyat DUN Nilai telah menganjurkan Wacana Pengurusan MPKK DUN Nilai selama tiga hari di PD Forest Sungai Menyala, Port Dickson.

ADUN Nilai, YB J.Arul Kumar Jambunathan berkata, program ini mendedahkan kepimpinan MPKK dengan pelbagai maklumat yang amat bermanfaat, yang boleh mereka gunakan untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab selaku pemimpin masyarakat dengan lebih cekap.

“Peserta telah mempelajari pelbagai aspek pentadbiran meliputi hubungan dengan agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban, Majlis Bandaraya Seremban, TNB, SAINS, SWM, JKM dan Baitulmal.

“Kepimpinan, komunikasi dan organisasi juga diwacanakan dalam usaha untuk mempertingkatkan prestasi perkhidmatan MPKK di DUN Nilai,” kata Arul Kumar yang juga Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan, YB Dato’ DR.Mohamad Rafie Abd Malek.

Sesi soaljawab juga diadakan untuk memberi peluang kepada MPKK menyatakan permasalahan serta melontarkan pandangan untuk meningkatkan prestasi MPKK di DUN Nilai. DUN Nilai mempunyai enam MPKK.

Show More

Related Articles

Back to top button