Berita

Kerajaan Negeri sumbang RM795,000 kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan PIBG

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin telah memberi sumbangan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah di Negeri Sembilan berjumlah RM795,000.

Aminuddin berkata sumbangan ini boleh dimanfaatkan bagi memastikan kejayaan anak-anak di sekolah.

“Pelaburan dalam bidang pendidikan adalah pelaburan jangka panjang yang akan menentukan jatuh bangun sebuah tamadun peradaban bangsa.

“Kerajaan Negeri Sembilan akan sentiasa memberikan sokongan dan dokongan bagi mendidik generasi akan datang,” kata Aminuddin.

Senarai penerima bantuan tersebut adalah:

i. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

ii. Pejabat Pendidikan Daerah Rembau

iii. Sekolah Kebangsaan Senawang 3

iv. Sekolah Kebangsaan Ampangan

v. Sekolah Kebangsaan Taman Warisan Puteri

vi. Sekolah Kebangsaan Kampung Sawah Bukit Pelanduk

vii. Sekolah Kebangsaan Kayu Ara

viii. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Tanah Merah Site C

ix. Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Cairo Mantin

x. Kolej Vokasional Ampangan

xi. Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar

xii. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu

xiii. Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah

xiv. Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim

xv. Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Port Dickson

xvi. Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Panjang, Port Dickson

xvii. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad

xviii. Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad, Kuala Pilah

xix. Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah, Port Dickson

 

 

Foto: Nabil Syafik

Show More

Related Articles

Back to top button