Berita

Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan catat pelaburan RM7.9 bilion

Sasaran awal RM5 bilion untuk tahun 2020

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan mencatatkan pelaburan domestik dan Foreign Direct Investment (FDI) berjumlah RM7.9 bilion bagi tahun 2020 berbanding sasaran RM5.0 bilion untuk tempoh yang sama.

“Rekod ini adalah rekod pelaburan tertinggi dalam sejarah Negeri Sembilan.

“Berdasarkan data yang dikongsi oleh MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia), RM6.4 bilion disumbangkan oleh sektor pembuatan dan perkhidmatan terpilih, yang mana ia meningkat 75 peratus berbanding tahun 2019, walaupun berdepan cabaran pandemik Covid-19.

“Hasil daripada pelaburan tersebut, sebanyak 5,823 peluang pekerjaan telah berjaya diwujudkan, yang sudah pastinya merancakkan ekonomi Negeri Sembilan.

“Insya Allah, Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan terus berusaha bagi mencapai sasaran pelaburan berjumlah RM10 bilion bagi tahun 2021, melalui pelbagai usaha seperti pembukaan kawasan perindustrian baru dan pengumuman insentif melalui Insentif Tahun Melabur Negeri Sembilan 2021,” jelasnya.

Aminuddin berkata, pelaburan FDI adalah sebanyak RM3.8 bilion daripada jumlah RM7.9 bilion.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button