Berita

Arul serah bantuan kewangan RM1,200 kepada 22 pelajar IPT

NILAI: ADUN Nilai, YB Arul Kumar Jambunathan menyampaikan Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan kepada 22 pelajar Institut Pendidikan Tinggi dari keluarga yang kurang berkemampuan.

“Setiap pelajar dari DUN Nilai ini menerima bantuan sebanyak RM1,200 untuk setahun, iaitu berasaskan bantuan kewangan sebanyak RM100 sebulan.

“Saya juga menyerahkan kompoter riba kepada lima pelajar IPT yang kurang kemampuan.

“Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan dan pemberian laptop adalah bantuan dari Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan melalui Yayasan Negeri Sembilan kepada keluarga golongan B40 yang layak.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan pelajar dan ibubapa tersebut,” ujar Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button