Berita

Wacana Pengurusan tingkatkan prestasi MPKK DUN Ampangan

AMPANGAN: Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan telah mengadakan program Wacana Pengurusan MPKK DUN Ampangan 2021 selama tiga hari di PD Forest Sungai Menyala, Port Dickson.

ADUN Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek berkata, seramai 50 orang peserta yang terdiri dari kepimpinan MPKK DUN Ampangan telah menghadiri wacana ini.

“Walaupun jumlah keseluruhan MPKK seramai 104 orang, tetapi untuk mematuhi peraturan MKN iaitu hanya 50 peratus daripada kapasiti tempat seminar yang boleh hadir, maka program ini terpaksa dihadkan kepada 50 peserta sahaja.

“Program ini mendedahkan kepada mereka pelbagai maklumat yang amat bermanfaat, yang boleh mereka gunakan untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab selaku pemimpin masyarakat dengan lebih cekap.

“Keseluruhan wakil dari lapan MPKK yang bertanggungjawab di seluruh kawasan di dalam DUN Ampangan telah mempelajari pelbagai aspek pentadbiran meliputi hubungan bersama agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Majlis Bandaraya Seremban, TNB, SAINS, SWM, JKM dan Baitulmal.

“Aspek kepimpinan, komunikasi dan organisasi juga diwacanakan dalam usaha untuk mempertingkatkan prestasi perkhidmatan MPKK di DUN Ampangan,” jelas Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button