Berita

Kerajaan PH Negeri Sembilan ambil langkah proaktif merancakkan kembali industri hotel

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah mengambil langkah proaktif untuk merancakkan kembali industri perhotelan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin berkata, memandangkan Kerajaan Persekutuan telah membenarkan pergerakan merentas daerah, Kerajaan Negeri telah menggalakkan jabatan dan agensi di bawah Kerajaan Negeri untuk menjalankan seminar ataupun ‘retreat’ di hotel-hotel dalam Negeri Sembilan

“Kerajaan Negeri percaya bahawa pelaksanaan program-program tersebut bakal memberikan impak positif kepada industri perhotelan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

“Kerajaan Negeri mendapat laporan bahawa industri perhotelan sudah mula menunjukkan perkembangan positif.

“Kedai-kedai di pantai peranginan mula mendapat sambutan terutamanya pada hujung minggu,” ujarnya.

Sementara itu mengulas tentang insentif ‘tablet’ (peranti pintar) Kerajaan Negeri yang dilancarkan baru-baru ini, Aminuddin berkata, Kerajaan Negeri masih menunggu penghantaran ‘tablet’ daripada pihak pembekal.

“Disebabkan permintaan tinggi, pembekal hanya mampu membekalkan 300 buah peranti untuk Fasa Pertama dan ia masih tidak mencukupi bagi melaksana keseluruhan pengagihan ‘tablet tersebut,” jelas beliau.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button