BeritaProgram

Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan tawar Bantuan Kehilangan Pekerjaan PKP 3.0

Bantuan tunai RM300 kepada pemohon yang layak

Bantuan Kehilangan Pekerjaan Akibat PKP 3.0 – Tahun 2021

Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM 3.0 juta bagi menyalurkan bantuan tunai secara one-off kepada rakyat yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0), tahun 2021.

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :

i. Pemohon adalah Warganegara Malaysia yang menetap di Negeri Sembilan dan kehilangan pekerjaan akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan dalam tahun 2021.

ii. Pemohon masih belum mendapat sebarang pekerjaan semasa permohonan dikemukakan.

Kadar Bantuan adalah RM300.00 tunai yang akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh kelulusan permohonan.

Kaedah Permohonan adalah melalui sistem aplikasi N9 Digital atau melalui laman web https://www.n9.digital.

Maklumat pemohon hendaklah lengkap termasuk butiran semua ahli isi rumah. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Dokumen yang diperlukan adalah:

  1. ย Salinan kad pengenalan pemohon;
  2. ย Salinan Sijil Nikah / Cerai / Kematian (yang mana berkaitan);
  3. ย Surat pemberhentian kerja dari majikan
  4. ย Salinan penyata bank / muka depan buku akaun

Kerajaan Negeri berhak untuk memutuskan bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ถ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—๐˜‚๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿญ.

Show More

Related Articles

Back to top button