Berita

Keselamatan pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Palong 7 dapat perhatian Rebin

PALONG: Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham telah turun padang bagi melihat permasalahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Felda Palong 7.

Rebin berkata, di sekolah tersebut terdapat longkang yang berisiko berlakunya kemalangan.

“Longkang tersebut tiada penutup dan boleh menyebabkan kecederaan yang serius kerana berdekatan dengan jalan raya.

“Saya telah menghantar surat aduan kepada pihak kontraktor lantikan Felda berkenaan permasalahan ini.

“Saya harap agar masalah ini akan diselesaikan secepat mungkin,” kata Rebin.

Show More

Related Articles

Back to top button