BeritaProgram

Khidmat kesihatan yang lebih baik untuk rakyat Tampin

TAMPIN: Calon Pakatan Harapan Parlimen Tampin, YB Faiz Fadzil berazam menawarkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada rakyat Tampin sekiranya menang sebagai Ahli Parlimen Tampin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 November ini.

“Pada ketika ini, penduduk Tampin yang memerlukan rawatan pakar perlu bergegas ke Hospital Kuala Pilah atau Seremban yang perjalanannya mengambil masa 40 minit sehingga 1 jam yang boleh menyebabkan pelbagai risiko kepada pesakit.

“Selain itu juga, Klinik Kesihatan Gemencheh dan Klinik Kesihatan Gemas sudah usang dan perlu dinaiktaraf supaya penduduk Tampin mendapat perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan berkesan.

“Justeru, saya akan berjuang agar rakyat Tampin mendapat khidmat kesihatan yang lebih baik dengan mewujudkan khidmat pakar di Hospital Tampin,” kata Faiz.

Menurut Faiz, perkhidmatan kesihatan kepada rakyat dalam negara ini di tahap yang rendah.

“Oleh kerana itulah kerajaan perlu berbelanja lebih bagi meningkatkan sistem kesihatan yang lebih berkesan kepada rakyat.

“Kesihatan adalah intipati utama kehidupan dan kerajaan tidak boleh hanya melihat kepada pembangunan material sahaja.

“Tanpa rakyat yang sihat, pembangunan modal insan akan terbantut dan ini akan merencatkan kemajuan negara,” ujar beliau lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button