BeritaProgram

Peratusan keluar mengundi yang tinggi akan menangkan Pakatan Harapan

JEMPOL: Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun percaya kemenangan akan berpihak kepada Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

“Mood pengundi khususnya pengundi kali pertama dan anak muda yang mahu keluar mengundi beramai-ramai memberikan indikasi rakyat mahukan perubahan pada PRU-15 ini.

“Saya pergi ke pasar malam, pasar tani, masjid dan surau; mereka sangat teruja untuk keluar mengundi pada 19 November ini.

“Ini membuktikan kesedaran mereka tinggi bagi membuat perubahan untuk mandat lima tahun.

“Ini sangat berbeza dengan senario di Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor,” kata Aminuddin yang juga calon Pakatan Harapan Parlimen Port Dickson.

Aminuddin berkata demikian di Ceramah Umum di Dewan Terbuka Mahsan, Bahau.

Turut hadir, calon Pakatan Harapan Parlimen Jempol, Puan Norwani Ahmat.

Show More

Related Articles

Back to top button