Berita

Kita tak tahu nak ambil duit rakyat: AMINUDDIN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menjawab kritikan kononnya Pakatan Harapan tidak tahu mentadbir Kerajaan Negeri Sembilan.

“Ada orang kata kita tak tahu nak tadbir Kerajaan Negeri Sembilan.

“Memang kita tak tahu ambil duit rakyat, sebab kita tak pandai ambil duit rakyat.

“Kita tak tahu gula-gulakan rakyat.

“Kita tak tahu pun nak gunakan penjawat awam untuk perkara yang tidak baik.

“Sebaliknya kita bangunkan Negeri Sembilan, segala hasil yang diperoleh oleh Kerajaan Negeri dikembalikan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk inisiatif dan bantuan,” jelas Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Ucaptama Seminar Negeri Sembilan Bersih, Muafakat dan Sejahtera di D’Tempat Country Club, Sendayan.

Show More

Related Articles

Back to top button