Berita

Hasil Kerajaan Negeri dikembalikan kepada rakyat

SEREMBAN: Segala hasil yang diperoleh oleh Kerajaan Negeri dikembalikan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk inisiatif dan insentif.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pada Belanjawan 2022 Kerajaan Negeri telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM64 juta melibatkan 52 inisiatif dengan mengekalkan 40 inisiatif sedia ada dan memperkenalkan 12 inisiatif baharu.

“Inisiatif ini meliputi ekonomi rakyat, pendidikan, kebajikan, pemerkasaan komuniti, belia dan wanita, kerohanian dan agama, insitusi adat serta pentadbiran.

“Pelbagai insentif dan bantuan ditawarkan kepada rakyat seperti TUNS, Rumah Harapan Rakyat, Bantuan Sara Hidup Mahasiswa, Bantuan Komputer Riba Pelajar IPT, Bantuan Anak Sekolah, peruntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dinaikkan, bantuan kepada rumah ibadat bukan Islam, bantuan ibu tunggal dan banyak lagi,” kata beliau.

Aminuddin menambah, atas dasar pentadbiran yang cekap dan penuh integriti rizab Kerajaan Negeri pertama kali dalam sejarah Negeri Sembilan mencecah RM1.06 bilion hasil ketelusan dan penjimatan yang berjaya dilaksanakan.

“Sehingga 15 Jun 2022, jumlah rizab Kerajaan Negeri adalah kukuh berjumlah RM861.7 juta.

“Senarai pencapaian Negeri Sembilan ini membuktikan ketelusan dan kesungguhan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri,” ujarnya.

Aminuddin berkata demikian di Seminar Negeri Sembilan Bersih, Muafakat dan Sejahtera di D’Tempat Country Club, Sendayan.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button