BeritaProgram

Klinik Kesihatan Palong 4,5,6 akan dinaik taraf: Veerapan

SEREMBAN: Klinik Kesihatan (KK) Palong 4,5,6 akan dinaik taraf kelak dan sejumlah peruntukan telah disediakan di bawah projek naik taraf klinik daif.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, YB Veerapan Superamaniam berkata, kerja-kerja naik taraf KK Palong 4,5,6 meliputi kerja-kerja pendawaian semula, pembaikan bumbung, selenggara pendingin hawa dan pemasangan semula talian telefon serta internet.

“Perkhidmatan KK Palong 4,5,6 telah dipindahkan ke klinik berhampiran sebagai klinik sementara.

“Bagi perkhidmatan pesakit luar, penduduk boleh mendapatkan perkhidmatan di Klinik Desa Palong 3.

“Rawatan pesakit kronik pula diberikan di Klinik Kesihatan Palong 7 & 8. Manakala perkhidmatan kesihatan ibu dan anak, diberikan di Klinik Desa Palong 2.

“Walaubagaimanapun penduduk boleh mendapatkan rawatan di mana-mana klinik berhampiran dengan rumah,” kata Veerapan dalam ucapan penggulungan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan pada Rabu.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button