Berita
Kompleks JHEAINS Kuala Pilah bukti syiar Islam terus dimartabatkan
Alhamdulillah, Kompleks Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Kuala Pilah akhirnya selesai dibina.
Dengan reka bentuk berlatarbelakang Minangkabau, bangunan ini bakal menjadi mercu tanda baharu masyarakat Islam setempat.
Pembinaan kompleks ini bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat setempat selain merangsang kakitangan JHEAINS supaya bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dan berdedikasi.
Ia juga merupakan bukti bahawa kerajaan Negeri Sembilan amat cakna akan pembangunan Islam di negeri ini.
Justeru itu, adalah menjadi harapan Kerajaan Negeri agar hal-hal berkaitan pembangunan Islam setempat dapat diselesaikan dengan lebih mudah.
Insya Allah satu lagi Kompleks JHEAINS akan dibina di daerah Port Dickson.