Berita

Peruntukan tebatan banjir meningkat ke RM39.55 juta

Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa mengambil langkah drastik bagi menghadapi bencana alam khususnya banjir.

Justeru itu, peruntukan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi tahun 2023 telah dinaikkan daripada RM10.13 juta (tahun 2022) kepada RM11.90 juta.

Kerajaan Negeri turut menambah peruntukan di bawah Vot Pembangunan P-64 Luar Jangka sebanyak RM2 juta pada tahun 2023 berbanding RM0.5 juta pada tahun 2022.

Terdapat juga peruntukan bagi bencana, yang disediakan di bawah Akaun Amanah Permasalahan Rakyat, Akaun Amanah Bencana dan Akaun Amanah Dana Khas Menteri Besar untuk khidmat masyarakat dan kesejahteraan rakyat.

Show More

Related Articles

Back to top button