Berita

TangXing Equipment (M) pula labur RM50 juta di Negeri Sembilan

SENDAYAN: Syarikat TanXing Equipment (Md) Sdn Bhd pula menjadi syarikat seterusnya melabur di Negeri Sembilan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM50 juta.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, syarikat tersebut telah berjaya membina sebuah kilang pembuatan pembinaan penggali terowong mikro di Sendayan.

“Penggali terowong mikro tersebut lebih dikenali sebagai ‘Microtunneling’ dan ‘Pipe Jacking’.

“Lokasi pembinaan kilang ini juga amat strategik kerana berhampiran dengan Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

“Sekaligus memudahkan mereka untuk mengeksport pasaran mereka di Asia Tenggara.

“Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa berusaha mempromosikan peluang pelaburan di negeri ini.

“Dalam masa sama, merancakkan pertumbuhan ekonomi di Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Pembukaan Kilang TanXing Equipment (M) Sdn Bhd.

Show More

Related Articles

Back to top button