Menarik
KRT Taman D’Elise Bandar Senawang terima kabin dari Taufek
PAROI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani telah memberi sumbangan kabin kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman D’Elise Bandar Senawang.
Mohamad Taufek berkata, sumbangan tersebut dapat digunakan bagi melakukan sebarang aktiviti di taman itu.
“Saya akan sentiasa peka keperluan penduduk di dalam DUN Paroi.
“Saya juga akan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” kata Mohamad Taufek yang juga Exco Pembangunan Belia dan Sukan.