Berita
KRT Taman Seremban Jaya terima sumbangan RM4,500 daripada Gunasekaren
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM4,500 kepada dua KRT di Taman Seremban Jaya.
Gunasekaren menghulurkan sumbangan RM1,500 kepada KRT Fasa 7, Taman Seremban Jaya bagi penganjuran program memasak bubur lambuk dan Majlis Berbuka Puasa.
Sumbangan diserahkan kepada Pengerusi KRT Fasa 7 Taman Seremban Jaya, Encik Raja.
“Saya juga menyerahkan sumbangan RM3,000 kepada KRT Fasa 3, Taman Seremban Jaya.
“Sumbangan RM2,000 untuk program Hi-Tea Suaikenal AJK KRT dan RM1,000 bagi program berbuka puasa,” katanya.
Sumbangan diserahkan kepada Pengerusi KRT Fasa 3, Taman Seremban Jaya, Encik Ravi.