Berita

Aminuddin galak terap sifat hormat

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menggalakkan orang ramai supaya menerapkan sifat hormat menghormati sesama masyarakat.

Aminuddin berkata, hal ini demikian kerana sifat hormat ini dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat di Negeri Sembilan.

“Sifat hormat ini juga salah satu daripada tema Malaysia MADANI yang dibawa oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Sifat hormat ini juga perlu sentiasa dibawa dalam setiap program kita.

“Teras kekuatan sesebuah masyarakat itu terletak sejauh mana masyarakat tersebut menghormati antara satu sama lain,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button