Berita

‘Labur’ dalam pemerkasaan wanita: Nicole

PORT DICKSON: Pemerkasaan kepimpinan Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan memerlukan ‘pelaburan’,” kata Pengerusi Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon.

“Kita harus ‘melabur’ dalam pemerkasaan wanita agar lebih ramai pemimpin wanita boleh dilahirkan.

“Ini adalah untuk memastikan lebih ramai pemimpin wanita dapat membantu memperkasakan golongan wanita yang lain,” ujarnya.

Nicole yang juga Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan berkata, wanita memainkan peranan penting semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan juga dalam misi banjir baru-baru ini.

“Golongan wanita juga bertugas sebagai wirawati barisan hadapan melawan pandemik Covid-19.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang telah bekerja keras sejak PRU-14 dan juga dalam misi banjir,” kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang.

Nicole berkata demikian, di Konvensyen Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan di Lexis Hibiscus, Port Dickson pada Ahad.

Turut hadir, Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dan Ketua Wanita Kebangsaan DAP mewakili kepimpinan Wanita Pakatan Harapan Nasional, YB Puan Chong Eng.

Ketua AWAN Negeri Sembilan, Puan Norwani Ahmat; Ketua Wanita DAP Negeri Sembilan, YB Mary Josephine Prittam Singh dan Ketua Wanita KeADILan Negeri Sembilan, Puan Amni Idris.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button