BeritaMenarik

Labu bakal jadi kawasan tumpuan tidak lama lagi: ISMAIL

KHAS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad berkata, Labu bakal menjadi sebuah kawasan tumpuan kerana sebahagian projek pembangunan Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0) terletak di DUN Labu.

“Oleh itu, saya telah mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk menaik tarah kawasan perumahan RUmah Rakyat yang telah berusia puluhan tahun.

“Longkang, balai raya dan dewan di kawasan Rumah Rakyat juga perlu dinaik taraf agar seiring dengan status bandaraya.

“Selain itu saya juga fokus dalam pembangunan projek perumahan yang merupakan satu keperluas asasi penduduk di mana-mana tempat.

“Projek perumahan kini pesat dibangunkan di Gadong Jaya dan Bandar Enstek. Ribuan rumah sedang dibina,” ujarnya.

Dalam pada itu mengenai Taman Kirby, Ismail berkata, projek perumahan ini akan siap tidak lama lagi.

“Ini bagi memastikan kemudahan perumahan kepada pekerja ladang. Kerajaan Negeri juga sedang membina sebuah jambatan baharu menghubungkan Taman Kirby ke Jalan Labu.

“Kita juga telah majukan Taman Bakti di Kampung Labu Hilir. Kita majukan tanah Yayasan Negeri Sembilan seluas 100 ekar.

“Sebanyak 296 unit Rumah Mampu Milik Type A (RMM) dibina, proses pengundian telah dijalankan baru-baru ini dan rumah akan diserahkan kepada pembeli hujung tahun ini,” jelas Ismail.

Show More

Related Articles

Back to top button