Berita
Latif prihatin keselamatan pengguna jalan raya di Kampung Parit Buloh
GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif Tambi telah turun padang bagi melihat jalan raya yang berlubang di Kampung Parit Buloh.
Abd Latif berkata, terdapat jalan raya yang berlubang dan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya di kawasan ini.
“Saya telah memanjangkan perkara ini kepada Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan bagi tindakan yang sewajarnya.
“Semoga tindakan segera dapat diambil bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya,” kata Abd Latif.
Turut hadir, Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Veerapan Superamaniam; Pengerusi MPKK Parit Buloh, Encik Abdull Aziz dan Pengerusi MPKK Kampung Baru Air Kuning Selatan, Encik Chin Kwee Hin.