Menarik
Latif santuni mangsa kemalangan
GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif Tambi telah menyantuni Encik Farizal Daud, 44, yang mengalami kemalangan jalan raya di Sungai Lerek.
Abd Latif berkata, Encik Farizal mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.
“Kemalangan tersebut menyebabkan kaki beliau patah.
“Saya telah memberikan sumbangan kewangan kepada beliau.
“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban beliau,” kata Abd Latif.
Turut hadir, Pengerusi MPKK Sungai Jernih, Encik Abu Bakar.