Berita
Latif santuni penduduk kurang kemampuan DUN Gemencheh
GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi telah turun padang bagi menyantuni penduduk kurang berkemampuan bersama Pejabat Daerah dan Tanah Tampin di DUN Gemencheh.
Abd Latif berkata, aktiviti ini dilakukan bagi memantau dengan lebih dekat keadaan sebenar keluarga yang kurang berkemampuan ini.
“Saya turut memberikan sumbangan barangan asas bagi mengurangkan beban mereka.
“Semoga sumbangan tersebut dapat membantu mereka pada hari mendatang,” kata Abd Latif.