Berita

Latif selesaikan masalah pekebun buah durian Kampung Punggur

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif Tambi telah turun padang bagi menyelesaikan masalah pekebun buah durian yang tidak boleh memasuki dusun durian kerana laluan utama ditutup.

Abd Latif berkata, Encik Roslan Abu yang mewakili pekebun durian di Kampung Punggur memberitahu bahawa mereka tidak dapat mengutip buah durian pada waktu tengah malam kerana laluan utama ditutup selepas jam 6 petang.

“Laluan utama mereka di atas tanah seorang pengusaha ternakan itik.

“Saya telah berbincang dan satu kata putus telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

“Pihak kilang ternakan itik membenarkan laluan utama dibuka sepanjang musim buah durian daripada pukul 3.00 pagi hingga 6.00 petang.

“Semoga kelonggaran waktu ini membolehkan Encik Roslan dan pekebun yang lain melalui jalan utama tersebut untuk mengutip buah durian,” kata Abd Latif.

Show More

Related Articles

Back to top button