Berita
Latif sumbang RM1,000 kepada 201 keluarga terjejas banjir
GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada 201 ketua keluarga terjejas banjir di Balai Raya Felda Sungai Kelamah.
Abd Latif berkata, mangsa banjir yang terlibat dari Taman Pinggiran Sungai Kelamah dan Felda Sungai Kelamah.
“Semoga sumbangan daripada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan ini dapat meringankan beban mangsa banjir yang terkesan,” ujarnya.
Turut hadir, Penghulu Mukim Air Kuning, Encik Ahmad Fareez dan Pengerusi MPKK Felda Sungai Kelamah, Puan Rusiyah.