Berita

Loke sumbang RM0.5 juta kepada lima sekolah

SEREMBAN: Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke Siew Fook menyumbang sejumlah RM503,898 kepada lima buah sekolah di Parlimen Seremban.

Loke menyumbang RM324,668 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Sheikh Ahmad dekat sini.

“Peruntukan ini disalurkan bagi projek pembinaan dewan serbaguna berbumbung.

“Saya juga menyerahkan sumbangan kewangan RM75,000 kepada PIBG di Sekolah Kebangsaan Panchor, SMK Dato’ Klana Putra Lenggeng (RM48,600), SK Sungai Machang (RM40,230)dan Sekolah Menengah Agama Dato’ Klana Petra Maamor (RM15,400) untuk pelbagai tujuan penyelenggaraan dan menaiktaraf kemudahan sekolah,” kata Loke.

Show More

Related Articles

Back to top button