Program

Loke sumbang RM50,000 kepada Kuil Sri Maha Mariamman Dusun Nyiur

SEREMBAN: Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke Siew Fook telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM50,000 kepada Kuil Sri Maha Mariamman Dusun Nyiur.

Loke berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pihak kuil membina bangunan baru.

“Sumbangan ini akan digunakan sebagai modal permulaan bagi pembinaan bangunan baru yang mencecah kos RM300,000.

“Saya berharap apabila siap sahaja bangunan baru ini, dapat memberi keselesaan kepada pengguna di sini,” kata Loke.

Turut hadir, Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam, YB J.Arul Kumar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button