Berita

Loke sumbang RM78,000 kepada masjid dan surau

SEREMBAN: Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke Siew Fook menyumbang RM78,000 kepada tujuh masjid dan 25 surau dari seluruh DUN Nilai.

Loke berkata, setiap masjid menerima peruntukan RM4,000, manakala setiap surau menerima RM2,000 menjadikan jumlah sumbangan RM78,000.

“Sumbangan ini diperuntukkan secara samarata melalui peruntukan kawasan Parlimen dan DUN,” katanya dalam Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Ramadhan DUN Nilai di Dewan Perbandaran Nilai.

“Majlis ini diadakan setiap tahun pada bulan Ramadhan untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara wakil rakyat dan pemimpin masyarakat tempatan.

“Kami akan terus berusaha untuk memupuk keharmonian di antara kaum dan agama bukan sahaja di Negeri Sembilan tetapi di seluruh negara,” ujar Loke lagi.

Majlis ini anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Seremban dan Pusat Khidmat Rakyat DUN Nilai.

Show More

Related Articles

Back to top button