Berita
Rusli sumbang kerusi roda kepada pesakit kurang upaya
LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada dua pesakit kurang upaya.
“Puan Utriaman A/P Maichal, 92, dijaga oleh anaknya di Kampung Barisan, Linggi.
“Beliau mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan beliau tidak berupaya untuk bergerak.
“Puan Jalilawati Mashod, 55, pula menghidapi sakit buah pinggang yang menyebabkan kaki beliau bengkak dan lemah anggota badan.
“Beliau dijaga oleh anak dan suaminya di Kampung Pasir Panjang.
“Semoga bantuan ini memudahkan Puan Utriaman dan Puan Jalilawati untuk bergerak di samping meringankan beban yang ditanggung,” kata Rusli.