Berita

Isu semak samun di belakang kedai Taman Bukit Emas akan diambil tindakan segera

SEREMBAN JAYA: Aduan penduduk berhubung pokok kering yang tumbang dan semak samun di belakang deretan kedai Jalan Merbok 4, Taman Bukit Emas mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren.

Walaupun hujan lebat, Gunasekaren turun padang bagi melihat permasalahan tersebut.

“Pokok kering telah pun tumbang merintangi jalan belakang kedai tanpa sebarang penyelenggaraan dan semak samun di lot tanah persendirian yang terbiar mencacatkan pemandangan kerana tuan punya lot tanah bersikap tidak ambil kisah.

“Saya akan membantu menyelenggara dan membersihkan laluan lorong belakang yang dihalang pokok tumbang yang kering serta mencantas rimbunan pokok yang tumbuh meliar menghalang jalan menggunakan peruntukan Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya.

“Isu lot tanah persendirian yang semak samun akan dipanjangkan kepada Majlis Bandaraya Seremban bagi mengeluarkan notis kerja-kerja pembersihan persekitaran,” kata Gunasekaren.

Turut hadir, Ahli Majlis (MBS) Puan Jamilah Said Ali; Pembantu Ahli Majlis MBS Encik Minnal dan Encik Mugunthan serta Pengerusi Cawangan DAP Taman Bukit Emas, Saudara Veeramani.

Show More

Related Articles

Back to top button