Berita
Majlis sambutan Deepavali DUN Sikamat dihadiri 1,000 masyarakat Hindu
SIKAMAT: Majlis sambutan Deepavali yang dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat DUN Sikamat telah dihadiri lebih 1,000 masyarakat Hindu di DUN tersebut.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, majlis tersebut diadakan bagi memeriahkan sambutan perayaan Deepavali yang bakal tiba.
“Dalam masa sama, saya juga turut memberikan sumbangan kewangan dan barangan elektrik bagi meringankan beban mereka yang menyambut Deepavali.
“Terima kasih kepada semua pihak yang hadir bagi memeriahkan sambutan majlis ini,” kata Aminuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.
Foto: Nabil Syafik