Berita

Mangsa banjir Ladang Siliau terima bantuan RM1,000 dari Nasir

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman telah menyampaikan bantuan kewangan RM1,000 kepada mangsa banjir di Ladang Siliau.

“Sebanyak lapan keluarga terlibat dengan kejadian banjir dua minggu lepas, yang merosakkan perkakas rumah mangsa.

“Saya telah menyerahkan sumbangan wang tunai daripada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua keluarga terjejas banjir.

“Diharapkan sumbangan ini dapat membantu mangsa banjir menjalani kehidupan seperti biasa,” kata Nasir.

Show More

Related Articles

Back to top button