Berita
Mangsa kebakaran terima sumbangan barangan elektrik dari Latif
GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi telah memberikan sumbangan barangan elektrik kepada Encik P.Sivasangkar di Kampung Baru Air Kuning Selatan.
Abd Latif berkata, Encik P.Sivasangkar merupakan mangsa kebakaran dan rumah beliau hangus dijilat api pada Mei lalu.
“Barangan elektrik tersebut adalah peti ais, dapur gas dan periuk nasi elektrik.
“Semoga sumbangan tersebut dapat meringankan beban beliau dan ahli keluarganya,” kata Abd Latif.
Turut hadir Pengerusi MPKK Kampung Baru Air Kuning, Encik Chin Kwee Hin dan Pengerusi MPKK Parit Buloh, Encik Abdul Aziz.