Berita

Mangsa kemalangan terima sumbangan kewangan dari Razali

SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah memberi sumbangan kewangan kepada Encik Muaz di Kampung Lanjut Mati.

Mohd Razali berkata, Muaz terlibat dengan kejadian kemalangan motorsikal baru-baru ini.

“Oleh itu, sumbangan ini diberikan bagi membantu meringankan beban kos rawatan beliau.

“Dalam pada itu, saya juga turun padang bagi melihat aduan air lumpur yang melimpah ke jalan raya di Kampung Anak Air.

“Saya telah panjangkan permasalahan ini kepada pihak berwajib dan tindakan segera akan diambil,” kata Mohd Razali.

Show More

Related Articles

Back to top button