Berita

Penjawat awam tonggak pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan

TAMPIN: Pejabat Daerah dan Tanah Tampin (PDTT) telah mencapai kutipan hasil tanah melebihi 100 peratus pada tahun 2021 walaupun dalam suasana ekonomi yang tidak menentu akibat pandemik Covid-19.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, PDTT juga berjaya mendapat markah 93 peratus dalam penarafan bintang oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.

“Pencapaian ini cukup membanggakan kerana Tampin menjadi daerah pertama di Negeri Sembilan yang mencapai markah melebihi 90 peratus.

“Tahniah juga saya ucapkan kepada Majlis Daerah Tampin yang menerima anugerah bandar mampan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun lepas.

“Terima kasih kepada semua penjawat awam yang memberikan komitmen dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Sama-samalah kita berganding bahu agar tahun 2022 ini memberikan lebih banyak kejayaan serta pencapaian kepada Kerajaan Negeri serta memberikan khidmat terbaik untuk rakyat di Negeri Sembilan,” ujar Aminuddin dalam Perhimpunan Pentadbiran Daerah Tampin di Dewan Perdana Tampin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button