Berita

Masalah kacau ganggu homestay akan diatasi segera

SEREMBAN: Masalah kacau ganggu yang dialami penduduk Port Dickson yang dilakukan oleh penghuni homestay akan diatasi segera.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri akan meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengeluarkan satu undang-undang baru bagi pemilik rumah yang menjadikan rumah mereka sebagai homestay.

“Hal ini supaya pemilik homestay dikenakan kategori pemilikan yang berbeza.

“Kita juga mungkin akan mengenakan kadar cukai taksiran perniagaan.

“Tindakan ini diambil bagi mengelakkan berlakunya kacau ganggu kepada penduduk sekitar.

“Kerana terdapat aduan daripada penduduk setempat seperti bunyi bising, tempat letak kereta yang terhad, sampah-sarap bertaburan yang menyebabkan penduduk sekitar berasa terganggu,” kata Aminuddin.

Aminuddin turut menambah bahawa perkara ini masih dalam perancangan.

“Kita juga telah meminta pihak PBT untuk mencari satu formula supaya perkara ini tidak menjadi semakin teruk.

“Mungkin kita juga akan meletakkan beberapa prasyarat untuk dipatuhi.

“Peraturan ini juga dapat memastikan bahawa kita dapat mengenal pasti pemilik homestay tersebut.

“Oleh itu, sekiranya terjadi apa-apa kita dapat ketahui siapa kita perlu berhubung,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button